Sunday, 24 November 2013

SEKIAN LAMA MENJADI KEGILAAN RAMAI ! ! ! ! !

Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata m
asyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

SI BRUTAL DAN SI PEMBULI POYO

“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -rizal

“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-Sofea

Hati Sofea Annisa bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster’ yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk.

Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.

“Errr… Kita nak naik skuter ni?”- Rizal

“Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” - Sofea

Rizal pula, memang sengaja mengusik Sofea. Hanya dengan usikan dia dapat menarik perhatian gadis kasar yang gila-gila itu. Ya, Fea memang gila-gila. Kereta BMW pun sanggup dipecahkannya.

“Hei, you gila ke apa Sofea? Kereta orang tau!”- Rizal

“Kereta orang ke, kereta beruang ke, ada aku kisah? Puas hati aku! Bodoh sangat letak kereta sampai menghalang jalan orang. Lain kali kalau nak tinggalkan kereta macam ni, letaklah nota ke, tinggalkan nombor telefon ke, e-mel ke...” - Sofea

Apabila Sofea yang kuat melawan, yang kuat memberontak dan brutal, dipadankan dengan Rizal si pembuli yang poyo, yang suka berlagak cool, selamba, nakal dan pandai memasak, akankah muncul babak-babak terindah dalam hubungan itu?

Tuesday, 19 November 2013

novel diadaptasi ke filem

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi
yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

NOVELIS BEST SELLER SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10


Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.


“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

Wednesday, 13 November 2013

Mingguan Wanita 1564
 
Diana & Habib Mahu Majlis Yang Ringkas 
 
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Diana Amir bersama Mohd Habib Bullah A.Rahman
Setahun mengikat tali pertunangan, tanggal 25 Oktober 2013, Nor Diana binti Amir Hasyim sah bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A.Rahman. Majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Precint 3, Putrajaya, berlangsung dalam suasana cukup sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran sanak saudara kedua-dua belah pihak dan juga rakan-rakan rapay pasangan pengantin pada malam itu.
 
Majlis akad nikah yang dilangsungkan selepas solat isyak dan tepat jam 9.30 malam hanya dengan sekali lafaz, Diana menjadi yang halal buat Habib selama-lamanya. Pasangan ini diijabkabulkan oleh jurunikah, Haji Hazaruddin bin Haji Baharuddin dan berwalikan bapa Diana sendiri, Prof. Ir. Amir Hashim bin Mohd Kassim. 
 
Diana yang anggun mengenakan persalinan daripada rekaan Ezuwan Ismail dan begitu juga Habib segak mengenakan baju melayu juga daripada Ezuwan Ismail masuk ke ruang akad nikah pada jam 9 malam. Rombongan Habib membawa 3 dulang iaitu sebentuk cincin perkahwinan senaskah al-Quran dan mas kahwin sebagai hantarannya. Uniknya, pasangan ini tidak berbalas dulang hantaran dan ini bertepatan dengan kata-kata Diana Amir sendiri yang hanya mahukan sebuah majlis pernikahan yang sederhana dan mengikut syariat Islam.
 
Pasangan ini yang mula berkenalan setahun yang lalu melalui rakan yang mempertemukan mereka ternyata tidak menyangka itulah jodoh yang dihadiahkan oleh Allah SWT. Pada sidang media yang berlangsung sebaik selesai majlis akad nikah, baik Habib dan juga Diana, masing-masing teruja dengan majlis yang mereka adakan pada hari yang penuh barakah itu.
 
Bertanya kepada Habib apa yang menyebabkan dia benar-benar yakin untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Diana Amir, dengan senyuman penuh ikhlas, dia memberitahu  Diana menepati ciri-ciri wanita idamannya.
 
“Perkenalan kami yang pada mulanya hanya melalui telefon memandangkan saya ketika itu sedang bertugas sebagai pensyarah sains politik di Univesiti Teknologi Mara, Merbok. Walaupun begitu, selepas berjumpa dan berkenalan dengan lebih rapat, saya tidak mahu terusan kami tanpa apa-apa ikatan yang akan membawa kepada fasa yang serius dalam perhubungan. Tahun lalu saya menghantar rombongan meminang dan seterusnya hari ini Diana sah menjadi isteri saya.” Ujar Habib sambil diperhatikan oleh Diana Amir.
 
Ditanya mengenai majlis yang serba ringkas, Diana punya alasan tersendiri  mengapa dia mengadakan majlis yang serba ringkas dan apa yang lebih penting semua yang hadir mendoakan ksejahteraan mereka berdua.
 
“Ini memang majlis yang kami rancang dari awal. Saya terhutang budi dengan pihak MIG Production yang bertungkus lumus menjadikan majlis ini sebagai satu kenyataan. Daripada urusan meminta kebenaran masjid dan sebagainya semuanya diuruskan oleh pihak MIG. Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan saya terutamanya David Teoh dan isteri yang banyak membantu selama ini. Dan majlis hari ini, inilah yang saya inginkan.
 
Tidak mahu keterlaluan dan saya suka untuk melakukan perkara yang wajib sahaja. Untuk majlis ini saya berterima kasih kepada semua yang sudi menaja pernikahan saya ini dan sebenarnya mereka ini banyak membantu melancarkan majlis pernikahan saya dan Habib pada malam ini.” ujar Diana yang pernah membintangi filem Petala Cinta bersama MIG Production dan banyak lagi filem di bawah MIG yang menaikkan nama Diana Amir.
 
Antara pihak penaja yang turut menaja pernikahan Diana Amir dan Habib ialah, Ezuwan Ismail yang menaja baju pengantin lelaki dan juga perempuan, Saiful Sin untuk dekorasi dewan, Cake Bros untuk cenderahati, Yakult (M) Sdn Bhd, Shutterplace video perkahwinan, ST Photography jurugambar rasmi, Lea Henna untuk inari dan Fatimah Shaari Creation untuk dekorasi.   
 
“Saya  suka dengan majlis dan perjalanan serta konsepnya menepati citarasa saya dan Habib. Kami mengimpikan majlis berkonsepkan Taman Kristal dan semuanya diadakan secara sederhana mengikut garis panduan Islam. Sehinggakan dalam upacara berinai pun, saya hanya menggunakan imej yang berkonsepkan bunga-bungaan dan tidak kelihatan seperti tatu,” Ujar Diana yang mengikat tali pertunangan bersama Habib pada 23 Ogos 2012.
 
Demikian sedikit perkongsian kebahagiaan daripada Diana Amir dan pasangannya. Ikuti cerita penuh dan lebih menarik mengenai perancangan anak dan tempat berbulan madu mereka menerusi majalah Mingguan Wanita keluaran 1564.

Apa itu Majalah ??


Majalah merupakan penerbitan berkala, sama ada dwi-migguan, bulanan, dwi-bulanan, dwi-tahunan dan sebagainya, yang berisi bermacam-macam rencana dengan subjek yang pelbagai.
Majalah biasanya memiliki artikel mengenai topik popular yang ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Penerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal.
Pada kebiasaannya, majalah dicetak berwarna dan menggunakan kertas yang lebih bermutu. Majalah secara umumnya boleh didapati di toko-toko buku, gerai majalah, pusat beli-belah, pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan sebagainya.
Majalah juga diterbitkan secara dalam talian di internet. Bahkan sesetengah majalah mempunyai kedua-dua versi cetak dan internet sekaligus. Terdapat juga majalah yang hanya mempunyai sama ada dalam versi cetak sahaja ataupun versi internet sahaja.

Kategori Majalah 
  • majalah pengguna.
  • majalah perniagaan.

Monday, 11 November 2013

TAPI DIA MR.G?????


Dia hot, dia handsome, dia kaya, dia genius, tapi dia… mr. G?!

Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...

Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!

“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”- Syed Zakuan Zafran.

“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.

Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran.

“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.

Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…