apa kau pandang?? kau ingat kau dah cukup comel??
Friday, 25 October 2013
SIAPA YANG JADI BULAN ITU..KALAU AKULAH PUNGGUKNYA
Adllea gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik mengenai dirinya selain skuter merah jambunya. Seperti orang lain Adllea mempunyai lelaki idaman dan ingin bercinta. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temannya berkata dia bagaikan si pungguk rindukan bulan.
Dalam pada itu, Adllea turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkelkan hatinya. Shaz Ariel secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu.
Beberapa kali Shaz Ariel menyatakan perasaan sukanya pada Adllea namun Adllea menganggapnya satu gurauan. Sehinggalah Adllea menyedari yang lelaki impiannya adalah si Shaz a.k.a katak bercermin mata empat. Tetapi ada pula dugaan yang datang. Arniza kenalan Shaz semasa di kolej membuat masalah dengannya. Saat Adllea mahu meluahkan rasa hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan. Ikuti kesudahan kisah ini menerusi novel Awek Skuter yang sudah berada di pasaran sekarang.

KELUARAN NOVEMBER ! ! !
“Awak pernah rasa tak sup selipar jepun?”Soalan Aimuni mengundang tawa Ammar.
“Tak pernah pulak rasa sup selipar jepun ni. Pandai pulak awak masak sup selipar jepun ye. Awak nak bagi ke?” Ammar menyoal kembali dengan senyuman nakal. Suka benar dia mengusik gadis manis yang sudah mencuri hatinya itu. Wajah gadis itu akan merona merah apabila marah.
“Sekarang pun saya boleh bagi kalau awak nak,” ujar Aimuni dengan tegas. Rasa geram terhadap Ammar kerana tidak memenuhi janjinya membuatkan gadis itu mogok. Janji Ammar untuk membawanya berjalan ke Kampung Cina hanya tinggal janji.
Subscribe to:
Posts (Atom)