Monday, 28 October 2013

novelis best seller KAMPUNG GIRL

“Tak ada masa aku nak bercinta dengan kau. Daripada bercinta dengan kau, baik aku bercinta dengan anak kucing dekat rumah aku. - FARAH

“Kau jangan menyesal pilih kucing daripada aku! Kau tak tahu, kucing tu sayang semata-mata kau bagi Whiskas dekat dia. Kalau aku, kau tak bagi apa pun aku tetap sayang tau!”- KAMAL

FARAH FIRDAUS terus membiarkan kenangan lama memenjara jiwanya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan sayang itu. Namun dia harus pergi meninggalkan cintanya hanya kerana sebuah rasa.

Aturan takdir, tiada siapa yang dapat ingkari. Farah dan Fattah disatukan menjadi suami isteri dan Farah benar-benar mengecapi bahagia. Namun sekali lagi takdir menguji menjadikan Farah sendiri tanpa Fattah di sisi sebagai suami.

Dan kehadiran Kamal mula menyesakkan minda dan hatinya.

“Aku masih sayangkan kau.” – KAMAL

Hendak dilayan rasa cinta yang pernah wujud dalam hati, Farah tidak betah. Tambahan pula dengan kebencian Lela, adik iparnya, menambahkan luka dalam jiwa. Tidak cukup dituduh sebagai perampas kekasih, dikatakan diri Farah berskandal dengan duda pula!

“Hei, patutnya bangga okey. Jadi skandal I. Tak suka ke?” – MUSYRIF

Ah, lelaki itu… Banyak sungguh usikannya sehingga adakalanya Farah terasa ada biasan Fattah dalam diri Musyrif. Kematangan dan ketenangan yang serupa, adakalanya mengusik hati Farah.

“Aku ni tak dikira curang dengan Fattah ke?” – FARAH FIRDAUS

Itu juga yang menghantui minda Farah apabila semua orang mendesaknya untuk berkahwin semula. Farah buntu tetapi dia tahu, dia harus memilih dan siapakah pilihannya itu?

TERHANGATTTTTT .

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan

 abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada 
pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak

 rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan 

Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan

 abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada 
pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak

 rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan 

Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya..

ingat orang cantik aje kah boleh rasa nikmat nya cinta??

“Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy birthday to you...”

Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini… namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar menjadi…

“Aku terima nikah Mira Maira binti Amir…”

Ketika dia menginjak usia 19 tahun, MIRA MAIRA rasa bingung, keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA HARUN. CEO sebuah syarikat produk kecantikan.

Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan syarikat suaminya akan dapat memiliki suami yang begitu sempurna? Sudah tentu jawapannya, tidak!

“Kenapa kau buat aku terkejut?” - ALIF HAZRIQ

“Sa… Saya cuma nak kejutkan awak bangun solat. - MIRA MAIRA

“Eh, kau ni banyak mulut juga, ya keding?” - ALIF HAZRIQ

Aku dia panggil keding? Eee... Geramnya! Saya tak kira, awak kena bangun juga. kalau tak…” - MIRA MAIRA

“Kalau tak, kenapa pula? Kau nak… aku ke?” - ALIF HAZRIQ

Bukan mudah untuk mengikat hati lelaki itu, apatah lagi mahu merebut daripada seorang model dan duta kosmetik yang disayangi Alif Hazriq. DYNA, satu-satunya wanita yang menjadi pesaing hebat buat dirinya.

Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Dan jika itu takdir mereka… berjayakah Alif Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira seadanya?