Sunday, 3 November 2013

UNDER 18 !







 


Under 18 No Fear merupakan sebuah novel grafik karya Zint, seorang pelukis komik yang bekerja di bawah Kumpulan Art Square. Siri komik ini merupakan karya spin-off kepada judul Under 18 terdahulu(watak terdahulu ialah Ax,Kaio,dan Yosi) yang memaparkan kisah enam tahun kemudian di sekolah yang sama, namun ditonjolkan dengan watak-watak baru. Kelihatannya watak-watak Under 18 ada membuat kemunculan di sini dan membantu plot cerita, sekaligus mempunyai perkaitan di antara karakter-karakter yang wujud dalam siri ini.

Novel grafik ini mempunyai empat jilid kesemuanya(Under 18 No fear,Under 18 Fear No More,Under 18 Fearless,& Under 18 End Of Fear); pada mulanya siri komik tersebut disiarkan dalam majalah Starz sebelum dipindahkan ke majalah Gempak. Genre novel grafik ini ialah aksi dan komedi serta bercirikan keremajaan.

Sinopsis.

Mengisahkan tentang Aken dan Siv, dua orang pelajar sekolah menengah yang berkelakuan samseng sering mencetuskan pergaduhan di sekolah. Melihatkan kehebatan mereka berdua, A.D, seorang ketua kelab kaunseling meminta mereka berdua menyertai kelabnya. A.D ialah seorang yang baik hati dan suka menolong orang, jadi dia sikit pun tidak menyerah kalah untuk merayu kepada dua orang samseng itu untuk menolongnya untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah. Usaha A.D untuk memujuk mereka berdua ternyata gagal namun A.D masih tidak berputus asa. Aken dan Siv masih tidak mempedulikan dia. Suatu hari, Aken mengetahui bahawa A.D ialah abang kepada Caley, iaitu seorang gadis yang disukainya. Aken beranggapan bahawa dia boleh mendekati gadis idamannya jika dia menyertai A.D dan ini membuatkan dia bersetuju untuk menyertai kelab kaunseling. Siv juga akhirnya menyertai kelab kaunseling apabila dia mengetahui bahawa A.D sebenarnya ialah orang kaya (bapanya ialah seorang ahli perniagaan) dan pada pendapat Siv, dia boleh meminta A.D membelikannya PSP sebagai ganjaran untuk menyertai kelab tersebut. Seorang demi seorang ahli baru yang menyertai kelab kaunseling dan begitu juga pelajar-pelajar yang bermasalah dibantu. Aken dan Siv sedikit demi sedikit memahami erti kehidupan, sekaligus tidak lagi berlawan dengan kebolehan mereka untuk membuli pelajar lain, malahan membantu pelajar lain menyelesaikan masalah mereka.

sekian , jemputlah membaca :)