Friday, 25 October 2013

SIAPA YANG JADI BULAN ITU..KALAU AKULAH PUNGGUKNYA

Adllea gadis biasa yang bekerja sebagai penghantar piza. Tiada yang menarik mengenai dirinya selain skuter merah jambunya. Seperti orang lain Adllea mempunyai lelaki idaman dan ingin bercinta. Lelaki idamannya itu adalah Farith, seorang pelakon terkenal yang digilai ramai. Temannya berkata dia bagaikan si pungguk rindukan bulan.

Dalam pada itu, Adllea turut berkenalan dengan adik Farith, Izmi dan Shaz Ariel. Izmi dan Shaz Ariel lelaki yang menjengkelkan hatinya. Shaz Ariel secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memberikan pandangan berbeza pada lelaki itu. 

Beberapa kali Shaz Ariel menyatakan perasaan sukanya pada Adllea namun Adllea meng­anggapnya satu gurauan. Sehinggalah Adllea menyedari yang lelaki impiannya adalah si Shaz a.k.a katak bercermin mata empat. Tetapi ada pula dugaan yang datang. Arniza kenalan Shaz semasa di kolej membuat masalah dengannya. Saat Adllea mahu meluahkan rasa hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan. Ikuti kesudahan kisah ini menerusi novel Awek Skuter yang sudah berada di pasaran sekarang. 

No comments:

Post a Comment