“Awak pernah rasa tak sup selipar jepun?”Soalan Aimuni mengundang tawa Ammar.
“Tak pernah pulak rasa sup selipar jepun ni. Pandai pulak awak masak sup selipar jepun ye. Awak nak bagi ke?” Ammar menyoal kembali dengan senyuman nakal. Suka benar dia mengusik gadis manis yang sudah mencuri hatinya itu. Wajah gadis itu akan merona merah apabila marah.
“Sekarang pun saya boleh bagi kalau awak nak,” ujar Aimuni dengan tegas. Rasa geram terhadap Ammar kerana tidak memenuhi janjinya membuatkan gadis itu mogok. Janji Ammar untuk membawanya berjalan ke Kampung Cina hanya tinggal janji.
No comments:
Post a Comment